Selasa, 5 Ogos 2025

Semangat 46!

  Hello Hello!

Bulan lepas, bulan Julai

 21/07 genaplah 46 tahun umur saya

Happy Birthday to MEEEE!

Anyway

Kita bikin sesi istimewa untuk blog kali ini

Saya tanya, Saya jawab!

Haderrrrrrrr

Simpanan banyak ke?

Sejujurnya

Personal savings masih tak sampai RM5000

Hahaha sedihhhh!

Actually pernah lah ada lebih

Tapi gitulah

Simpan, korek, korek simpan dan korek lagi

Jadinya makin berkurang lah dia

Pelan pelan kita menabung semula!

Pencapaian?

Tahun ini tak ada lagi

Tak ada yang ingin dicapai dah

Capek semuanya

Lah tiba!

Actually adalah yang ingin dicapai

Tapi...

Biarlah rahsia!

*zasssssssssssssssssssss*

Ada mohon kerja baru?

Ada juga cuba-cuba mohon kerja

Tapi yang dapat cuma email mohon maaf

Permohonan anda gagal

Mohon ampunnn masss!

LOL

Ya iya lah

Siapa aja yang mahu ambil orang tua

But yeah

Life must go on

Layankan apa aja yang ada di hadapan mata

Sudah 3 tahun di sini

Bikin saja yang terbaik

Janji tidak menyusahkan sesiapa

Tak travel memana tahun ini?

Savings pon dah menipis

Jalan jalan dalam rumah aja lah

dah bayar sewa mahal mahal kan

Ngehngehngeh

Tapi kan

Teringin lah ke Jakarta 

kafe hunting

See how lah later this year

Kalau uangnya cukup

Manifest saja dulu

LOL

Sekarang Happy ke?

Selagi kita bersyukur

Selagi itulah kita akan merasa bahagia

Nikmat Tuhan kan datang dalam pelbagai bentuk

Syukur aja lah semuanya

Pasti tenang dan bahagia

Bahagia kan datang dari dalam diri kita

Aaaaaagituh

Kahwin?

Sekejap ya ada call masuk

Harapan untuk tahun ini?

Di umur yang sebegini

Cuma berharap

Tuhan kurniakan saya kesihatan yang melimpah ruah

Ya, badan yang sihat, otak yang cerdas

Adalah anugerah yang paling utama 

di umur umur EPF gini!

Wkwkwkwkwkwk

Eh

Anda semua

Ada nak tanya apa apa?

Anda tanya, saya jawab

Lahh feeling vogue 73 questions

Jika kau milik ku, kau milikku
(Lahhhh caption)



Sekian, blog untuk kali ini.


Yang teringin kaya tanpa berusaha,

Achik Ezam



Isnin, 26 Mei 2025

Bila nak kahwin?

 Hey waddup pipol

Ada sihat semuanya

Harap baik baik saja yach!

Anyway

Ada nak rant sikit

Something personal but issokay ja for me

Tentang jodoh

Recently ada colleague tanya

out of nowhere

**Bila nak kawen?**

Jawapan gue simple

"I selesa dengan keadaan sekarang"

Lepas tu i buat buat nak terkencing

Pergi toilet

kah kah kah

Hey ladies!

I know memang dah lewat sangat

I am 46 already

Waddaya expect

Anyway

Marriage is a choice

Choosing not to marry is also a choice

And I have made mine.

Gituh!

Tuhan Maha mengetahui :)

Tak gituh dik Mira

Lahh Tibahhhhh


p/s: Tak teringin ke nak ada anak? jawapnnya Nope!

(cukuplah ada anak anak buah)


Sekian,

Yang single BUT NOT available,

Achik Ezam


Selasa, 15 April 2025

Selamat Hari Raya

 Assalamualaikum semuanya

Tau tau dah masuk 15 Syawal dah ya

Puasa 6 saya pun dah habis minggu lepas

Alhamdulillah!


How's your raya everyone?

Harap semuanya baik baik aja

Walau di mana kita meraikannya

Tahun ni as usual repeat baju lama

Selagi tak rosak kita pakai saja

Hahaha

Yang penting saya siapkan semuanya untuk emak

Belikan 3 pasang baju raya

Sepasang kasut raya

Belikan bahan kering dan basah

Kuih raya dan sebagainya

Siap bawak buat meni pedi lagi sebelum raya


Yelah beliau kan dah tak ada suami

Jadinya, kita sebagai anak lah yang tanggung semuanya

Tahun ni pun cuti tak panjang

Sampai raya ketiga saja

Masuk Raya keempat dah mula kerja

Bosan juga raya raya kena kerja

Hahahaha

Padahal jaman muda dulu

Tak apply pun cuti raya

Kerja macam biasa walaupun raya


Tapi dulu lain

Dulu abah ada

Sekarang abah dah takde

Kena lah kita yang bawak emak ke sini sana

Tak gitu kan

Plus, dah tetua ni

At least setahun sekali lah jumpa sedara mara

Hahaha

At least tunjuk muka lah

LOL


Doanya, 

Semoga kita dipanjangkan umur

Dimurahkan rejeki

Dipertemukan kita sekali lagi

Dengan Romadon & Syawal 2026 nanti

Inshaallah

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin




Sekian,

Yang hari hari raya,

Achik Ezam

Rabu, 19 Februari 2025

Dah 2025!!!!!

 Hello hello semuanya!

Pejam celik pejam celik dah 2025 dah kita

Dah masuk tengah Februari dah pun

Hahaha!

So, how's life everyone?

Harap semuanya baik baik saja

Sekadar mukadimmah 

untuk konten pertama 

di tahun baru ini

Kita cubalah ek untuk kekal aktif

mengemaskini blog yang bersawang ini

at least 2 entry sebulan

Biar tak ada yang baca 

Janji tuan badan bahagia

Hahahaha

Oklah sampai sini dulu

Ada rejeki jumpa lagi di lain entry

Kalau rindu

Boleh jumpa saya 

di sini, di sana dan di situ

tatatititutu

Sekian,

Yang dahagakan uang ringgit

Achik Ezam.

Jumaat, 14 Jun 2024

Update 2024!

 Assalamualaikum semua

Pejam celik

Celik pejam

Sudah Jun 2024!

Sudah menjadi jutawan?

Belum?

Tidak mengapa

Sebab saya pun belum

Hahaha

Acah acah kaya dan bergaya lol

Masih lagi makan gaji

Di tempat yang sama

Sudah hampir 2 tahun 6 bulan

Dengan rutin yang sama

Pergi pagi pulang petang

Masih lagi di zon yang selesa

Anda pula bagaimana?

Apapun

bersyukur dengan apa adanya

Jangan meminta minta

Sentiasa berusaha dan berserah padaNya

Sampai jumpa lagi!



Sekian,

Yang masih ingin ke London,

Achik Ezam




Khamis, 7 September 2023

kemaskini hidup 2023!

 Hello Hello!
Lama betul tidak kemaskini ini blog
Masalahnya ada lagi ke yang baca blog?
Semua duk layan TikTok je now ek

After 2 years plus
any new update?
Haaaa haruslah
This is the update

I am currently working at Bangsar South
kembali bertugas di dalam dunia Customer Service
clock in started on January 2022

kelakar kan
10 tahun dulu waktu berhenti kerja DiGi
udah bersumpah itulah kerja terakhir di dalam industri
nampaknya after 10 tahun
 I am back!
LOL

Sesungguhnya kita tak dapat
menjangka kan masa depan kita
kita hanya mampu merancang 
tapi tetap Tuhan yang menentukan
haderrrrrrrrrrrr

what's else new?
haa early this year
I start balik naik mutusikal
you know lah I pernah accident waktu kerja DiGi
and then jadi fobia (BACA SINI) naik mutu
tapi kan trafik kat KL ni
very the hanattttttt

tu yang kuning tu lah ayang kita now

Jadi nak tak nak
kena lawan that fear
sooooo 01012023 
I beli mutusikal
now Alhamdulillah
sudah tidak tersekat pada skala 7 
dalam kesesakan jalanraya

Any more update?

haaa last month kan
I pergi jalan jalan ke negara lain
for the first time after few yearssss
lepas 2 tahun covid
bla bla bla



kita pergi Chiangmai wakkkkk
tah kenapa boleh setuju nak join trip
padahal memula dah kata tak nak
janji dapat naik kapal terbang
hahahaha

Thanks hajak gaisssss

dalam trip Chiangmai
singgah juga ke Chiangrai
bagus juga berjalan jalan tengok negara orang
dapat juga prektis
semayang jamak dan qasar
Tibeerrrrrr

Anyway
Chiangmai more or less
lebih kurang macam Ipoh or Kuantan
tenang dan tak terlalu sibuk
Chiangmai juga bersih
even jalan lalu belakang belakang lorong pon
tetap BERSIH
banyak cafe, banyak pasar malam
banyak umah urut
orang-orangnya juga peramah
sapa sapa nak rileks rileks
boleh mai Chiangmai
very recommended

Any last update?

sekarang ni rutin hidup
hari ke hari sama aje
working from Monday to Friday
9am - 6pm
jam 6 setengah pagi udah keluar dari rumah
jam 6 setengah petang sampai ke rumah
jumaat malam balik rumah emak
sabtu petang balik rumah KL

My sooorrgaaa

okay i dah cerita about mine
anda pula bagaimana????
meh ceciter!!!!

apapun
masa itu emas
kongsikan dengan yang tersayang
samada kesayangan famili atau rakan rakan
bila masa sudah sampai
ianya tidak akan berulang semula




Sekian, 

yang masih mengejar dunia,
Achik Ezam


Isnin, 11 Oktober 2021

Hey wassap gaisss!

 

 

Hello hello assalamualaikum everyone.


Apa khabar semua? 

Harapnya baik baik saja ya

Me? 

Erghhh kinda hate it

I am taking time off

From offcial work

LOL!

 

Berhenti kerja lagi?

During pandemic pula?

Beraninya you!

Dah fikir habis???

 

Hahaha

if you asking me why,

I tak ada jawapannya 

kenapa so sudden berhenti kerja

Semua ni berlaku masa I tengah tingtong 

menderita terkena covid lol

Masa ni I kinda stress

Losing my father

Lepas tu everyone in the house covid+

My emak pulak masuk sepital

I jadi bingung and frustrated

With everything

 

Masa tu pon duk pikir banyak pasal emak

nak giving her moral support

Sampai dia habis edah

So during this period

I spend most of the time kat kampung

2- 3 hari macam tu balik KL

For me time LOL

 

Anyway 

I believe It’s a combination

Antara nak tengok emak 

dan juga I feel bored with my job

Plus salary deduction and all

Huhuhu

 

Anyway, 

masa nak hantar surat resign tu

I dah calculate dah expenses everything

Lepas tu I apply moratorium for my car

Alhamdulillah lulus

At the same time I did apply iCitra juga

Alhamdulillah lulus juga

Bila dedua menatang ni lulus

I cakap dalam hati 

inshaallah cukup ni sampai hujung tahun

Let’s do it

 

I terus write a letter 

and send it to my boss & HR

It was a one month notice

Tolak AL everything I work till 15th of August

Nekad ni sebab memang takde offer kerja 

Tapi fikir sebab nilah masanya yang ada

So layan je lah dulu

Ada rejeki adalah tu

 

Dalam mid-august macam tu

Sajalah suka suka

Tolong my aunt jual kuih frozen dia

Alhamdulillah laku keras juga

Banyaklah juga order masuk

 

At the same time I did apply few jobs

Mostly via LinkedIn

Tapi faham lah sebab kita ni dah kertu

Siapa aja yang nak offer kerja

Plus market pun slow

Mana depa nak hire gaji tinggi

kita pulak demand lol

Hihihi

 

And awal bulan September tu hari

Another makcik offer me jadi DS

Jual bantal Leyna

Hahaha I am bad at sale

Tapi okla, untuk bulan pertama

I managed to sold 45 biji bantal

Mostly from followers from social media

Feeling influencer kejap

lahhhhhhhh

 

Anyway buat dua ni

Takdelah markup atau ambik untung

sambil tolong tolong my aunts

Just do it for fun so I got something to do

Bukan melangut duduk depan tv sajor

 

Oh btw ujung bulan September camtu

Sajalah register company

Ni kali ketiga buat company

hahahaha

Harap menjadi hahahaha

Main business is online business

anything that i can jual online

apantah anything pun tak sure lagi

hahaha

Kali ni siap buat bank akaun company lagi

jadi, takdelah duit sendiri

dan duit syarikat bercampur

Kemainnnn

 

At the moment buat DS (dropship)

kue frozen and bantal

And I will ambik job untuk buat FB ads juga

Kalau ada hahaha

So far yang ni tak advertise lagi

I buat ads untuk diri sendiri je

hahaha

Kita ni pon bukan tera sangat


laju laju like/follow 

INSTAGRAM & FACEBOOK 

bisnes saya okay

sapotlah lah ciked

wkwkwkwkwk

 

Alhamdulillah juga

Emak dah habis edah dia

So far emak ok rasanya

Abah pon dah 100 hari pergi

And KL/Selangor pon dah masuk fasa 2

So cucu cucu dia kat Putrajaya tu dah boleh balik

So weekend ceria sikitlah

 

anyway

Bila dah masuk umur macam ni

Masa lebih bererti dari uang

awak kerja bagai nak mati

yang kaya orang lain

awak mati pun skelip mata saja

company ganti dengan orang lain

gituh


currently masih juga mengintai intai

Peluang kerja yang offer flexibility

Ada rejeki, adalah inshaallah

Kalau ada yang nak bagi fund

Buat modal niaga pon okay

wkwkwkwkwwk

 

 

Apa apapun saya doakan yang baik buat anda semua

Agar doa yang baik baik itu melantun Kembali kepada saya

Inshaallah

 

Alhamdulillah 

dah boleh juga merentas negeri

Sentiasa jaga SOP dan keluar bila perlu

Kita masih belum menang tau




Yang mungkin menang.

Achik Ezam

 

 

 

 

Semangat 46!

  Hello Hello! Bulan lepas, bulan Julai  21/07 genaplah 46 tahun umur saya Happy Birthday to MEEEE! Anyway Kita bikin sesi istimewa untuk bl...