Isnin, 17 Mac 2014

Cerita hari Isnin

Assalamualaikum semua
How’s your Monday so far?

Dah stress belom?
Hahahaha

Kerja kat rumah pun stress jugek tau
Nak merangka masa depan
Yelah kerja freelance kan
Ada kerja adalah duit
Inshaallah rejeki ada di mana-mana
Yang penting usaha

The best thing kerja yang tak tentu hala ni
Ialah kita ada di rumah most of the time
Dekat dengan emak & abah
Apa-apa jadi senang

Ada orang cakap
Sampai bila kerja macam ni pun tak kaya
Well
Bukan kaya yang saya carik
Kalau saya nak kaya saya boleh saja kerja tempat yang bagus
atau join bisnes venture
as few requested me to join
Tapi bila kerja kejarkan untung ni 
kekangan masa
Dan jarak buat saya jauh dari emak & abah saya
nanti iSad
Luls

Sekarang ni focus saya ialah menjaga emak &abah saya
Biarlah tak kaya
Asal ada, asal tak menyusahkan sesiapa
Rezeki tak ke mana
Kuasa Allah

Jual kudap-kudap pon actually
Biar mereka buat something dari takda apa
Duit jual kerepek semua tu saya tak ambik
Saya cuma ambik untuk isi minyak dan tol
Semuanya saya bagi kat emak

Cuma kalau nak keluar jalan baru saya mintak emak duit
Comeyy tak kak ton
Tetua mintak duit emak
LOL

Kesimpulan yang ingin disampaikan disini ialah
I put my parents as my priority in my life
Hidup mereka tak lama, biarlah saya berjasa
Saya tak mahu jadi terlalu sibuk fikirkan kerja
Hurmmmm
Gituh

so takyahlah perli-perli ke apa ke
jaga tepi kain shendiri hokay
luls

Oklah membebel banyak pun tak guna
Tengah plan something ni
Miumiumiu

juga
teruskan berdoa buat semua penumpang dan anak kapal
MH370 agar semua selamat
di jauhi segala malapetaka dan fitnah
juga kebajikan mereka dijaga sepenuhnya
inshaallah


wish you guys and girls 
have a super duper awesome Monday ahead

makin sehat noooooo


note
biar rejeki sedikit asal istiqamah


Sekian, belog untuk kali ini.

Yang macam shrek,
Achik Ezam


Jumaat, 14 Mac 2014

kudap-kudap cinta


Assalamualaikum
Tak jawab dosa
Haha

Apa khabar semua village people?
Harap sehat senantiasa dalam lindunga Allah hendaknya.

Anyway
Just wanna do a quick update
business kecik-kecik sekarang dah bergerak sekarang
Yeayyyyyyyy

Kita jual kerepek je wak
Tak kelas pun
Cukupla sekadar nak membeli sepatu Prada dan tas tangan Chanel
Eh katako
Hahahahaha

I name our product as
Kudap-kudap
Bukan kurap-kurap hokey
Tampor kang kalo sala sebut



At this moment saya jual kerepek ubi pedas,
sambal tempe ikan bilis, kerepek pisang tanduk dan kuih gunting
Semuanya home made
Semuanya kami buat sendiri
Anak beranak
Bukan re-pack




Alhamdulillah permintaan amat menggalakkan
Kami buat pun tidak sekali banyak
Ikut tempahan inshaallah kualiti terjaga
Yelah kakitangan pun terhad
Hehehe

Berikut adalah senarai harga #kudapkudap kami
Kerepek ubi pedas – RM15 (500 gram)
Sambal tempe ikan bilis – RM8 (200gram)
Kerepek pisang tanduk – RM20 (500gram)
Kuih gunting – RM5 (200gram)





Caj penghantaran adalah percuma untuk pelanggan lembah Klang
Dengan minimum pembelian RM20 manakala untuk outstation
Kami mengenakan caj RM10 untuk setiap 1kg

Hacamtuh

Kami juga menerima tempahan membuat door gift
Untuk majlis-majlis anda
Yang ini harga kita boleh runding
Hihiihihi

Baiklah
Sampai sini dulu
Nak beli atau nak tempeh
Whatsaplah kita okey
011.14346426
Serious buyer je tau
Nak gatal-gatal takleh
Tampor kang


NOTA PENTING
kepada penumpang serta waris #MH370
salam takziah dan teruskanlah berdoa
agar semuanya dipermudahkan

kepada yang lain
hentikanlah teori dan spekulasi yang bukan-bukan
please!


Sekian, blog kali ini.

Yang mahukan kudap-kudap hati,

Achik Ezam

Jumaat, 21 Februari 2014

#JualKerepekKeKita


Alhamdulillah hari Jumaat sudah
Penghulu segala hari kan
Sekarang ni dalam mood nak belajar jadi peniaga
Meniaga kecik-kecik je pun

Modal semua abah keluarkan
Dapat duit hasil jualan pun bagi abah
Lepas tu kalau nak keluar pi berjalan pun mintak duit kata bah
Kahkahkahkah comel tak kita?
Gila tak comel
LOL

Sesambil menunggu peluang pekerjaan yang dipohon (jika ada)
Apalah salah buat something
dari duduk melangut Di tepi tangga
Tak gitu senah?
Gittewlah kan

Teringat advise si amirul metro
Tanam pisang jual kerepek jadi peniaga desa
Lepas tu sesembang dengan kak tim
owner bakery Bukit Antarabangsa
She suggest the same too
Beliau kata boleh letak kat kedai dia

Bagitau abah and emak
Depa setuju
So go on lah
Memula macam nak beli kerepek dari kilang
Lepaih tu repacking and jual balik
Tapi piker-pikir balik
NO
Nak jual something special something home made
Yang ada sentuhan my emak and me
Katanyaaaaa
padahal kita mengacau dan packaging jak
kihs





Bermula dengan kerepek pisang tanduk
dan sekarang diikuti dengan kerepek ubi pedas
and soon sambal tempe

kami tak buat in large scale
kami buat sikit-sikit
demi menjaga kualiti serta rasa makanan tersebut
buat and deliver the same day




Alhamdulillah response ok
Response dari kawan-kawan pon okey
Dan harap-haraplah semuanya berjalan lancer
Si Uda pon nak tolong buatkan sticker
Yg sesimple je
Konzep achik ezam ni always simple
Simple but yet awesome
Haaaagituuhhhh

Dari menjual tudung
La ni jual kerepek uols
Mampu?
kahkahkah

Anyway currently promosi dan jualan
 hanya melalu laman Facebook saya
Dan juga Instagram
Tapi kat IG tu kalau tak response sorry sangat
sebab telepon cacat sikit
Cabut kabel dari plug terus mati
Sedey habang dik

So belila kerepek habang
supaya habang dapat membeli telpon baru
Atau
lagi bagus kalau ada orang nak taja telpon baru
Atau sesenang tajalah hidup kita
From head to toe
\($.$)/
*berdoa*
Eh ke situ pula
kahkahakhakah

will come out with other business kecil-kecilan lain as well
TUGGGUUUUUUUUU
tolong kawan-kawan
kawan-kawan tolong kita juga
inshaallah
*menadah tangan ke atas*


anyway
kalau berminat mau order kerepek pedas atau pisang tanduk
whatsapp me
60.11.1434.6426

Isnin akan restock
dan akan tukar packaging
yang lebih simple dan cost effective
gituh

harga nanti Isnin baru tau mkayyy




p.s: mesej lucah akan di blok serta merta kecuali kalau anda comel.
kahkahkah




Sekian, blog untuk kali ini.

Yang rindu nak lalu depan umah tokti,

Achik Ezam

Rabu, 19 Februari 2014

Instagram dan keyzahnya



Hey hai hello
Assalamualaikum semua.
Wazzup bebeh? Life ok? 
Tak ok sila ok kan segera.
Takde sapa yang mampu mengubah naseb kita melainkan diri kita
Haa gituh

Anyway kali ni nak cerita tentang instagram
Jaman sekarang ni hamper semua orang ada instagram
(kecuali pengguna tegar BB dan Nokia..SEDEY!)
semua benda pon nak insta kan
hatta tengah kencing pon nak juga muat naik.
Keji betul perangai.
Hewhewhewhew.

Setakat selfie tu jangan cakapla, penuh…..
kecuali my IG….
I tak suka selfie
kahkahkahkah 
#padahal

ok ok berbalik kepada persoalan pokok
tengah trend ni meniaga guna Instagram
ada yang jadikan platform untuk link ke website masing-masing
dan ada yang direct terus post dan jual di Instagram
sementara tengah in tu why not kan

yang kelakor tu
jual barang kat instagram
TAPI KOME PRIVATE AKAUN TU KENAPA?
KOME NAK KUMPUL FOLLOWER KE NAK MENIAGA?
Eh maaf tercaps lock pula
Dia macam awak ada kedai nak jual barang
Tapi awak tak bagi masuk
Dia jadi macam
‘Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak kita pun tak hingin’
Tetiba

Tak kurang juga dengan
visitor yang suka Tanya
“PM harga sis/berapa harga ni?”
Sedangkan dah stated harga kat caption ataupun kat gambar tu sendiri
PANDAI BACA KE IDOK?
Wakakakka
jangan bagi nampak tak cerdik please
wakakakkkaa
Kalau bercakap pasal soalan-soalan dari visitor ni memang banyak
Tapi ini yang paling epic
member tu dah letak lokasi kat gambar tu
dia boleh tanya lagi tuh kek mano ambik gambor tu
LOL shahngat
macam nak tempeleng jek
wakakakaka

 Habang juga tak berapa paham
Dengan peniaga yang tak mau letak harga barang yang dijual
Perlu nak whatsapp bagai
Is there any marketing strategy behind that?
I don’t know

Satu lagi perangai yang tak berapa nak senonoh ni
DUK SPAM INSTAGRAM ARTIS TUH DAH KENAPA?

sila telengkan kepala jika mahu membacanya LOL
What do you feels if others did the same to your account?
Suka?
Kalau orang tetiba masuk umah korang jual barang macamana?
Suka?
 Tapi yelah dah artist u pon tak cakap apa kan
Habang pulak lelebih
Bak kata hashtag wak doyok
#AkuYangPakaiKoYangPanasKenapa
LOLOLOLOLOLOL
Yelah sebagai seorang peminat habang merasa rimas melihat ruangan komen di penuhi iklan pelangsingan badan lah, tudung periuk lah, power bank lah, ekzos kereta pon ada
Habang rebah
Hahahahaha

Anyway I Cuma follow sorang artis je kat Instagram pon
@ctdk jew
Mihmihmihmih
cake what tak habang?
suka ar

Next,
Provokasi
Bergaduh kat ruangan komen artis
Ya Auloh mas kenapa deh lagi mau gaduh
Kalau ngak suka jangan follow jangan tengok
Again
Bak kata hashtag wak doyok
 #AkuYangPakaiKoYangPanasKenapa
Ingat ye tuan puan
Sayang biar seadanya, benci biarlah berpada
TAU!

Tu tak termasuk berbual-bual di ruangan komen
Habang rasa macam nak tumbok je
Dahlah Instagram orang lepas tu boleh pakat sembang
Wakakakakakaka

Tapi tulah kelakar
Kalau habang tak boleh tidur 
habang akan stalk Instagram retis-retis ni
Dan baca komen-komen dibawahnya
#MudahTerhibur

Ahhh
Banyak lagilah kalau mahu diceritakan
Saja sembang-sembang sebab
I have lots of free time
Penganggur lah katakan
Ha gituhh

Anyway gambar apa awok nak muat naik
It’s up to you
It’s your Instagram account
Nak selfie posisi sama setiap kali
Nak tunjukkan handbag baru setiap kali
Nak tunjuk posh place you went to
It is all up to you
Tapi 
jaga-jaga ada yang memerhati

Sometimes some things are better left unsaid
Ha gituh

Gunakan aplikasi ini untuk kebaikan okey

Anyway this is my Instagram account

kahkahkah habang tak tau kenapa dia senget macam tuan dia gak wakakakaakaka

or
35, Single, Malaysia
Ha gituhhh promosi #sayaJual
LOL



Sampai sini dulu,

Yang jangan pikirin habang,

Achik Ezam

Rabu, 12 Februari 2014

banyak words Wednesday

hello hello
assalamualaikum
how are you
yes you

nothing much to update
nothing much happened either

sudah mula menghantar resume ke sana sini
balik semula ke dunia makan gaji
untung sabut timbul
untung hani saad tenggelam
LOL

sesambil itu ada juga berjumpa senior-senior
sembang-sembang business
good input, positive feedback and lots of ideas

for the time being
me doing freelance wedding co-ordinator
apakah?
alaaa kira macam planner la tapi yang ni i jadi advisor je
i carikkan catering, MUA, pelamin etc-etc.
you just tell me your budget and i will find the best for you
haaa macamtu

so if you guys plan nak kawen and masih tercari-cari pakej wedding
and at the same time tak cukup masa sebab kerja menimbun
call me
[011-14346426]

ok nak merayap jap
ambik angin
buang angin
naik angin

ada orang kata kita gila glamer. so?


sini dulu,

Lebih manis dari Ariana Rose,
Achik Ezam

Selasa, 4 Februari 2014

February datang lagi...

Assalamualaikum and holla everyone
pejam celik
celik pejam
pejam celik
juling muling
dah masuk bulan february
how time flies so fast

dah hampir 3 minggu juga menanam anggur
menambah lemak-lemak cinta
di pinggul dan dada
luls

walaupun tak kerja tapi busy tau
busy tengok tivi dengan emak kita
wakakakakakaka
tengok citer pinoy okey
LOL
Be Careful with my heart okey
tajuk taknak kalah
kahkahkah

ko mampu yaya tour sampai Abu dhabi bagai ha.....huntonglaaaaa


baru start menghantar resume ke sana sini
ada rejeki adalah
tak ada rejeki
#KeKoreaKeKita
tibah
wakakakakakaka

thinking of doing business
my dream is always to open a cafe
but MODAL takde
simpan dulu impian dan cita-cita

sekarang ni apply dulu mana-mana kerja yang ada
banyak hutang nak kena settlekan
tanak lah nantu kita kena siram cat merah
takutnyaaaaa kitaaaaaaa
LOLs

rezeki itu Tuhan dah tentukan
kita saja yang perlu berusaha mendapatkan
macamtu
*bebetulkan shawl*

oklah abiang busy neh
nak tengok Ariana Rose
wakakakaka

yang duduk tu ai lah..tengku Ezam...LOL

oklah

till we meet again 
tengku Ezam nak pih London

kot-kot ada job nak diberi
email to:achik.ezam@gmail.com
i am experienced event co-cordinator, event planner, wedding consultant
dan macam-macam lagi

hahaaha gituh promote diri



Sampai jumpa lagi.

Yang terindah hanyalah sementara,
Achik Ezam

Rabu, 22 Januari 2014

tahun baru kesah baru tuan badan je lama..LOL

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara dan saudari samada jauh ataupun dekat ataupon didalam jamban..
wakakakaka...

gila bersawang blog ni dow...wakakaka....
macam tuan dia jugak hahahaha..
helloooooooo
*fliphairdada*

hay how's 2014 so far? cemerlang gemilang terbilang ataupun kecundang di balik tiang? hahaha....what ever it is teruskan kehidupan dan always pose-pose #selfieeeeeeeeeeeeee #walaupon #hadooooo kahkahkah...

anyway i am no longer a PA....

*what? apa?? kenapa?apa dah jadi??gaduh ke? KO GELAPKAN DUIT SYARIKAT KE?

ya itu adalah diantara feedback-feedback yang diterima daripada peminat peminat kengkawan dan follower achik ezam. 
tapi yang last tu tabley blah....
emak abiang tak pernah ajar ambik duit orang tau.... #fliphairKatako.

well....yang terindah hanyalah sementara *pose ala erra fazira* tibah..wakakakaaka ok ok stop merapu..berbalik kepada soalan media berhubung kenapa saya berhenti ermmmm macam nilah....
NO KOMEN..
wakakaka...

hey jangan spekulasi sangat....
sudah rejekinya sampai disitu sahaja...
AZC was the place i know and learn about fashion industry..
and you wanna know what in this fashion industry today you in tomorrow you out *tibah ruh Heidi Klum masuk* LOL.

Taklah..buat sementara ni habang nak stay kampung untuk menemankan kedua ibu bapa...yelah dah berumur ni macam-macam penyakit dan kebetulan adik-adik lain semua sibuk diluar negara (dibaca luar daerah je) so biarlah habang yang look after them for the time being....camtuh...anak soleh tak? LOL...

oklah okey....ni pon bertandang kat mekdi seksyen 7 ni sedut wifi kat sini...sedey tau takde internet kat Ulu Tembeling sana..tapi apa nak buat Hujan emas di negeri orang,hujan batu dinegeri sendiri abiang prefer di kota london..tiba London wakakakaka...

To my ex boss and all the team at AZC
All the best and hope semua perancangan dan perjalanan yang dirancang malatop kebabom
BOOM BOOM BOOM

*no camera please*


Till we meet again..mungkin di tahun depan pula wakakakakaaka.



sampai jumpa lagi,
Achik Ezam
xoxo

Semangat 46!

  Hello Hello! Bulan lepas, bulan Julai  21/07 genaplah 46 tahun umur saya Happy Birthday to MEEEE! Anyway Kita bikin sesi istimewa untuk bl...