Khamis, 8 Januari 2015

when we believe!

Assalamualaikum

kita tanya apa khabar
kita tanya apa khabar
kita tanya apa khabar
semua!!!!!!!

hahaha
sejukkkkknyaaaaa hujannn

tak tau nak story apa
terjumpa video ni dalam folder whatsApp
hahaha 


hujan hujan ni tetiba teringat kat team lama

WHEN WE BELIEVE WE WILL HIT BAJET!
hahahaha

for those yang tak tahu
i was previously working at Fitness First
kejap je pun tak lama
hahaha
tak sempat nak sador

young and dangerous katanya!!!

to Khairu, Izat & Jia Ling
you guys are simply the BEST!
remember NO BP NO SALE okay!!
hahaha


before signing off, 
just remember this

letting go is hard
but sometimes
holding on is even harder



Yang sepi di malam jumaat ini,
Achik Ezam

Selasa, 6 Januari 2015

tentang cinta.

Assalamualaikum
heelo hello semua

so dah 6hb dah kita
masih bersemngat meneruskan azam 2015
atau sudah tersekat di skala 5
hahahaha

tertido lepas asar tadi
terbangun masa azan maghrib
terus dapat wahyu ilham
tulis entry kali ni

cuma natangnya dah bukak laptop
idea pulak hilang ke laut dalam


okay nak cakap pasal apa kali ni?
let's talk about love
ahaaaaa

so,
what is love according to your kamus hidup?
betul ke tak boleh hidup tanpa cinta?
so do you give your everything masa bercinta?
is your love reaaly a true love?

ha gituh soalan dia.

as for me love is simple
you suka i, i suka you
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 i love you!

you know, it takes two to tango aite
if dah dedua pihak setuju
shall we dance togeder geder lah kan

ada orang tanya
i'm 36. single. tak sunyi ke?

well
macam fazura kata

AHHHHHHHHHHHHHHHHHH
(pause 3sec)

AKU SUNYIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

LOL

anyway 
as i tweeted last night
about relationship

 4 bulan pertama is like a honeymoon
semuanya pon sweet 
honey bunny whatever shits
ketiak bau kari pon cakap bau lavender
hahahahaha

4 bulan berikutnya is very crucial
masa tu you dah kenal perangai 
boyfriend girlfriend you macamana
ketiak yang wangi pon dah bau kari basi
hahahahaha

the next 4 month 
akan menentukan segalanya
it's either you will survive
or 
terputus di tengah jalan berliku

if you survive this 12 month
congratulations!
kawen lah cepat
apa tunggu lagi

Apparently for me
cinta masih belum datanglah
hahaha
chillax lah

36 is the new 22 okay

i nak menabung nak pergi Eropah
i nak spamm Instagram dengan
bergambar di belakang Eiffel tower
i nak naik bas merah 2 tingkat
i nak naik gondola sambil diringi pemain chello

dan paling penting
i nak bergambar pakai trenchcoat siap gloves
feeling feeling fashionista
LOL

hahahhaha
okay dah merapu jauh ni

konklusinya
cinta jangan dipaksa
ada jodoh adalah
tak ada takpa
kita berteman saja
 teman tapi mesra

dah habang lapar
habang nak makan

barulah betul facing up to Faz LOL

makap bihun goreng bersama fazura yall
hahhaa 
matilah delusional

okayla
sebelum berpisah
appreciate what you have now
sebelum ianya hilang dan buatkan anda meroyan

ahhahaha


sekian, blog kali ini.

yang ahhhhh tak sunyi kok,
Achik ezam









Ahad, 4 Januari 2015

Hello 2015 ^^,

assalamualaikum
hey hey hey
hello semua

been sooooo damn busy
 (atau buat-buat busy)
for the couple of months
sampai tak sempat nak update blog sendu ni

anyway it's already 4th of January
Alhamdulillah masih hidup
masih bernyawa 
masih mampu menegang
hahahahhaha

Let's stop wishing & start doing
No money no honey baby
hahaha

well well
banyak yang nak update
but to make it short
i berjaya melepasi suka dan duka 2014
not that great but i'm survived
jatuh bangun tergolek telanjang
sendiri tanggung
Thanks family dan kawan rapat
banyak membantu 

Apparently 
life must go on
stay positive and always be happy
hacamtuh

anyway
i'm back in Kuala Lumpur
you know, after a year in Edinburgh
LOL

ini aja yang mampu wak, awak okay? eh.
Hahaha
baru pindah semalam
sewa bilik kecik di tengah tengah kotaraya
kot sesapa nak taja deko bilik kita pon okay gak
Hai Qamasutra!!!!
tibah

Lots of things to plan
Lots of things to do
Lots of things to learn

Hope everything berjalan lancar 
selancar air terjun Niagara
hahaha tetiba Niagara katako

Doakan saya berjaya
dan saya akan sama sama mendoakan
kejayaan kita bersama
Demi bangsa, agama dan negara
hahahaha tibah!!!!

will try to keep this blog updated
at least 3 kali seminggu ye dak
kang bersawang macam tuan dia gak
sasau
LOL

i'm wearing #TheGentlemens anyway. feeling feeling model walaupun
Le sigh
Bro lapar nampaknya
let's go out and cari tempat makan
hurmmm tho i bet it will ended at mamak nearby je
hahaha
okaylah

sampai sini dulu
kalau ada apa apa cadangan bernas untuk memeriahkan
blog ni
roger-rogerla
anyway I'm single
tetibah lagi
hahaha



Sekian, blog kali ini.

Yang bukan adik beradik Zery Zamri,
Achik Ezam

Selasa, 12 Ogos 2014

Tuesday update

assalamualaikum

how's everyone? sehat?
post raya syndrome masih melekatkan
dengan open house sana sini
biasala orang kita
puasa sebulan
raya pon sebulan juga
katanyaa

alhamdulillah
habis puasa 6 semalam
selepas bertahun tahun tak pernah cukup 
tahun ni berjaya juga

tak banyak yang berlaku currently
melangut kat umah tak buat apa
owh ya
dapur kudap kudap pun berehat
sebab emak dah mula busy
untuk wedding anak lelaki dia

so
nampaknya i'm kinda jobless now
hahaha
duk apply job sana sini
and now sedang tunggu panggilan interview
wish me all the best

tak memilih sangat
asal cukup makan minum 
and bayar hutang yang banyak tu

huhuhuhuhu



dah nak sambung tido
BYE



Sekian, belog untuk kali ini.

yang manis manis lebaran,
Achik Ezam

Isnin, 4 Ogos 2014

Cerita Raya 2014


Assalamualaikum dan salam 8 Schawal kita. Hahaha. 
Lama sudah tidak mengupdate belog ini.
Haha how’s raya? Seronok? Dah gemok dah? Baju kebaya dah ketat? 
Hahahaha..heyyy kemonlah raya kot…
setahun hanya sekali. 
Kita start diet now okay. No worries.

My raya? This year was awwwwwwsome. 
Yalah the previous previous raya kan busy kerja, this year macam hey let’s have fun 
keyzah apa dengan cinta. Eh tibah. 
Biar pon poket nifis kita kena happyyyyy.

Busana busana (katanyah busana)raya tahun nih bertukar ganti. 
Nampak macam banyak padahal repeat tahun tahun lepas dan cilok my brothers punya baju. 
Janji Nampak cantik di INSTAGRAM. LOL. 
kasut n capal pon ambik aja mana yang ada. Hahaha. 
Lantak. Kitakan abang.







Duit raya?
 Tahun ni bajet ketat. My abah je yang bagi duit raya. Duit dia banyak. 
Hahaha. 
Tak bagi duit raya kat le parents juga. Sedih sangat. Sobs sobs. 
Tahun depanlah inshaallah kalau kaya raya setaraf tokey simplysiti. Ewah.

Raya kali ni juga dengan rela hati pergi rumah sedara mara yang ada. 
Kalau dulu liat juga. 
Tapi yelah bila dah tetua ni kenalah beringat. 
Esok esok dah mati yang nak uruskan kita pon mereke mereka juga. 
*insapp*





As usual our open house was on 2nd raya. As my sister giliran kat umah suami dia so I decided to bought pingan and cawan plastic for the open house. 
Kalau tak matila dik abiang nak cuci pinggan. Memang idokla. Rosak tangan kita. 
Hahhaa. 
Lagi satu tahun ni terus letak lauk pauk dalam bekas buffet abah. 
Memula emak tak nak just nek letak kat mangkuk cantik dia
 and I was like ahh leceh kang nak topup topup lauk and last last emak kita setuju guna bekas buffet. 
Fefeeling hotel. Lol .

Lepas tu emak kita nak letak kat dapur so makan kat dapur je 
and I was like heh lecehlah  nak layan tetamu kat depan kat belakang. 
Umah kita ni keciklah pulak sampai sakit kaki nak jalan depan belakang. 
So cakap dengan emak hidang kat depan. 
Sooo tadaaaaa lauk pauk semua kat depan.





Menu pon simple je, 
nasi impit Nona, rendang kerang dara gicew, 
rendang daging bukan sedara sendiri, ayam kicap hitam aku hitam lagi dirimu 
dan agar agar lembutnya kaw. 
Hahaha. 
Alhamdulillah licin semua. 
Sedap kan abiang masak. Kahkahkahkah. Nope. 

Kita tukang gaul ja. Mastercheffnya tetap emak kita.
Hari tu memang meriah sampai penuh umah lah sedara mara yang datang. 
Eleyh padahal makcik pakcik kita je pun.
 Hahaha. 
Tapi terharu juga sebab ada juga kawan kawan dari alam maya 
yang sudi datang pondok burok kita. 
 Love love love hagituh. 
Menangis terharu kita wak.



And semalam pih beraya umah si chong ni di Batu Caves juga. 
Yela dah dia datang dari jauh umah kita 
maka kita pon buatlah kunjungan balas juga ke rumah beliau. 
Nasib baik aje tak hadiahkan panda sebagai tanda persahabatan. Luls. 
Jumpa kengkawan alam maya di sana. Meriah pula. 
Padahal abiang ni pemalu orang nya tau. 
Tersipu sipu datang beraya. 
Katanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.





Lepas tu ke kajang umah nenek si izroin. 
Jumpa juga dengan emak beliau. 
Bertahun tahun kenal nila fes time jumpa  ibu and nenek beliau. 
Ya ammpuunnnn terkekek kekek ketawa tengok gelagat diorang. 
Kuat nganjeng memasing. 
Hahahahah. 

Sampai menangis terbahak bahak si katik tu. 
Siap abiang tersembur nasik kat muka dia. 
Hahahahahah. 
Balik beraya singgah karaokey. 
Sedap suara memasing. 
Suara kita je ke laut dalam. 
Keysah pulak kita. Haha.



Macam dah banyak aje menaip ni. 
Patah pulak kuku kita nanti. 
Hahaha. 

Minggu ni gak bosan juga sebab nothing much to do.
Puasa 6 ajelah. 
Dah start as penganggur kan. Haha. 
Weekend pih open hose sana sini.

Anyway masih belum terlambat to wish you readers 
selamat hari raya aidil fitri maaf zahor batin 
diatas segala kesalahan dan kesilapan 
samada yang sengaja atau tidak. 

I LOVE YOUALL.
 LIKE TART I LOVE YOU KETART KETART.           

(P.S: nak gambor lagi banyak pi aje ke www.instagram.com/achikezam)



Sekian, blog kali ini.

Yang masih dahagakan air oren longchan,

Achik Ezam

Rabu, 7 Mei 2014

wednesday update katanya


Assalamualaikum semua
harap semuanya sehat sejahtera
walau di mana anada berada
sorga atau neracca
hahaha

lama tak blogging
busy y'all
plus no proper internet connection
ini pon menmpang wifi rumah izroin
huhuhuhu
sedut je wifi dia
lemak dia tak mau lah
huhuhu

anyway
my life is good
i can see my parents eveyday
main dengan anak buah
kerja ikut suka hati
tak kaya tapi tak juga meminta-meminta
ahhhhhhh no complaint at all



operasi kudap kudap pon okey
walau kadang deras kadang perlahan
syukur pada Tuhan rejeki tak terputuskan

hope hidup korang pon begitu juga
susah atau senang kita usaha
jangan pernah give up

keep on smiling and work it
gituh
yelah kalau bukan kita
siapa lagi nak tolong kan
kan
kan
kan

owh ya
just wanna give you kinda short update
a friend and me will collaborate on something
yeahh will be back in so called "fashion line"

masih dalam initial stage lagi
we already have our brand name
haaaaaa
rasanya start dengan shawl dulu
i guess
owh not sure yet
omaigod omaigod omaigod!!
banyak benda yang ada dalam kepala
i'm excited
 we are excited
harap semuanya berjalan lancar
inshaallah

anyway
jangan lupa order kudapkudap abiang tau
its really home made dan bukan repacking
ada kerepek pisang tanduk, kerepek pisang nangka,
kerepek ubi pedas, sambal tempe, kuih gunting dan
terbaru kami ada sambal ikan bilis dan kuih siput
cool rite



sampai terlelap lelap tau menggentel siput
bukan repacking okay
nak tengok  gegambor kudapkudap
just cari hashtag #kudapkudapachikezam di Instagram

okay lah
nak menanak nasi
hahhahaha padahal
masak nasi pon dah lupa
LOL

ingat
kalau ada masalah, jangan mengalah

me gettin' fatter lol




Sekian, blog kali ini.

Yang enak dikudap,
achik ezam

Isnin, 17 Mac 2014

Cerita hari Isnin

Assalamualaikum semua
How’s your Monday so far?

Dah stress belom?
Hahahaha

Kerja kat rumah pun stress jugek tau
Nak merangka masa depan
Yelah kerja freelance kan
Ada kerja adalah duit
Inshaallah rejeki ada di mana-mana
Yang penting usaha

The best thing kerja yang tak tentu hala ni
Ialah kita ada di rumah most of the time
Dekat dengan emak & abah
Apa-apa jadi senang

Ada orang cakap
Sampai bila kerja macam ni pun tak kaya
Well
Bukan kaya yang saya carik
Kalau saya nak kaya saya boleh saja kerja tempat yang bagus
atau join bisnes venture
as few requested me to join
Tapi bila kerja kejarkan untung ni 
kekangan masa
Dan jarak buat saya jauh dari emak & abah saya
nanti iSad
Luls

Sekarang ni focus saya ialah menjaga emak &abah saya
Biarlah tak kaya
Asal ada, asal tak menyusahkan sesiapa
Rezeki tak ke mana
Kuasa Allah

Jual kudap-kudap pon actually
Biar mereka buat something dari takda apa
Duit jual kerepek semua tu saya tak ambik
Saya cuma ambik untuk isi minyak dan tol
Semuanya saya bagi kat emak

Cuma kalau nak keluar jalan baru saya mintak emak duit
Comeyy tak kak ton
Tetua mintak duit emak
LOL

Kesimpulan yang ingin disampaikan disini ialah
I put my parents as my priority in my life
Hidup mereka tak lama, biarlah saya berjasa
Saya tak mahu jadi terlalu sibuk fikirkan kerja
Hurmmmm
Gituh

so takyahlah perli-perli ke apa ke
jaga tepi kain shendiri hokay
luls

Oklah membebel banyak pun tak guna
Tengah plan something ni
Miumiumiu

juga
teruskan berdoa buat semua penumpang dan anak kapal
MH370 agar semua selamat
di jauhi segala malapetaka dan fitnah
juga kebajikan mereka dijaga sepenuhnya
inshaallah


wish you guys and girls 
have a super duper awesome Monday ahead

makin sehat noooooo


note
biar rejeki sedikit asal istiqamah


Sekian, belog untuk kali ini.

Yang macam shrek,
Achik Ezam


Semangat 46!

  Hello Hello! Bulan lepas, bulan Julai  21/07 genaplah 46 tahun umur saya Happy Birthday to MEEEE! Anyway Kita bikin sesi istimewa untuk bl...