2020. What a year lah!
Assalamualaikum semua :)
Lama tak bersiaran nampaknya. Diam tak diam, kita dah masuk ke suku ketiga tahun 2020. Quite funny kan, masa kekecik dulu kita digembar gemburkan dengan kepesatan teknologi, kereta terbang lah, melancong ke bulan lah, wawasan 2020 lah dan macam macam lagi. End up, 2020 macam tahun yang paling mencabar nampaknya dalam hidup kita semua nampaknya. Thank you to Miss Corona.
How's life? sihat? makan pakai cukup? harap harapnya semua sihat, dipermudahkan segala urusan dan tabah menghadapi liku liku kehidupan pasca PKP ini. Agak caca merba 2020 kita kan.
Pertama kali dalam kehidupan juga Ramadhan dan Syawal disambut dengan penuh kesederhanaan tahun ini. Tak ada bazaar Ramadhan. Tak ada buffet Ramadhan di hotel hotel. Tak dapat balik kampung. Baju raya, kuih raya, lauk raya semuanya sekadar seadanya. Di sebalik semua kekurangan dan kesederhanaan, syukurlah yang kita terhindar dari wabak corona. Masih dapat menyambut ramadhan dan Lebaran lagi, Alhamdulillah.
Ekonomi dunia dan tempatan juga agak mencabar kali ini. Dek kerana corona, ramai pula yang dibuang kerja, dipaksa bercuti, potongan gaji dan sebagainya. Kepada anda yang terkesan, banyakkan bersabar, teruskan usaha demi kelangsungan hidup. Ini bukan noktah dalam hidup anda. Risau juga kot kot company buat retrenchment tapi redho je lah kalau berlaku.
What should we do now?
Saving. Yes, kita perlu menyimpan duit gajian kita untuk masa kecemasan nanti. Belanja seadanya, ikut keperluan. Tak pasti sampai bila keadaan ekonomi kita akan merudum macam ni, kita perlu ubah spending pattern kita. Me, myself nasiblah bukan kaki shopping atau kaki joli. Dapat gaji, kita simpan dulu. tak banyak, sikit pon okay. janji simpan. walaupun gaji kena potong, tetap simpan okay. i know it's tough tapi kita cuba okay.
Lifestyle. sudah tiba masanya juga kita tukar cara hidup kita. Ukur baju di badan sendiri. Awal PKP itu hari, i dah terminate my credit card, tukar phone plan ke plan yang paling murah dan sejak awal tahun lagi i dah start pergi kerja naik bas. Baju pun lama tak shopping lol. Tak apa lah. sederhana is a new normal kan. Mana yang boleh jimat kita jimat. tapi, janganlah sampai menyiksa diri. Kalau sesekali nak minum kopi mahal, apalah salahnya. paham eh.
Extra income. Inilah masanya #duakerja mode di aktifkan. Cari sumber income lain untuk cover your expenses. sounds easy tapi sebenarnya susah juga kan haha. I pun ada juga buat part time jual kue tart masa puasa itu ari. lepas raya ni dah kurang dah. Ada lah sebalang dua. Tengah nak try jadi dropship certain brand ni tapi tulah takut tak laku hahaha. Anyway my point is, carialh sumber pendapatan kedua kalau pendapatan anda sekarang tidak mencukupi akibat pemotongan gaji dan sebagainya. ini time bukan kita jaga kita, tapi you jaga diri you sendiri sekarang ni.
Tiga benda utama ni yang i rasa penting untuk kita semua prektik kan buat masa ini. Harap haraplah keadaan kembali pulih seperti biasa. Harap juga apa yang berlaku, kita jadikan pengajaran dalam hidup kita. Inikan semua ujian dariNya.
Jangan pernah berhenti berharap. Kalau jatuh, cepat cepat bangun dan teruskan melangkah. Teruskan berdoa, kerana doa itu senjata bagi orang orang yang beriman.
Sampai di sini dulu. Kita jumpa lagi di lain coretan.
(psssttt i tengah cari kerja ni, ada vacancy tak tempat y'all? haha)
Manifestasi Achik 2020 (tiber),
Achik Ezam
Ulasan
apa cerita? lama tak dgr kabor kannn?
ingat kawe tak?