Mataku di korek dirobek!
Hey Assalamualaikum semua
berjumpa kita sekali lagi dalam rancangan
blog Achik Ezam lol
How's life?
hopefully semuanya okay Alhamdulillah.
Anyway
kali ni nak story mory sikit pengalaman semalam.
ya semalam 8 Disember 2020
tarkh paling penting dalam tahun ni
sebab akhirnya i memberanikan diri
menjalani surgery buang katarak
FYI
selama ni i cuma guna sebelah mata sahaja
sebelah lagi sekadar perhiasan dunia
hahaha
i ada katarak since umur 4/5 tahun camtu
dulu masa kechil bethol
abang gue baling baling batu kena mata
sempatlah bermalam semalam dua
di klinik Aneka Klang pada ketika itu lol
masa tu tak tau kenapa tak buat follow up
bila dah masuk sekolah
ada few times abah bawa pih sepital Klang
tapi tatau macamana tak teruskan juga
hahahha
solutions pada ketika itu
adalah pakai spek mata
so i dah start pakai spek mata since darjah 2
nampaklah pandai sikit masa tu
walaupun non hado haha
habis jaman sekolah
masa kerja kat DiGi dulu
selalu buat check up di Hospital Tun Hussein Onn
Tapi bila masa Dr suruh proceed untuk surgery
I back off
Abang takud dik. Abang takuaddd
hahaha
Pastu I did dapatkan rawatan kat PPUM
Adalah datang few times juga
last last Dr Pakar tu kata
even kalau i buat sugery pun
i still cannot see 100%
so, pun back off lah sebab macam
dah tak boleh okay kenapa nak operate
Tapi kan makin lama
my mata are getting worse
mata malas makin teruk
juling juling chentaaaahhh
hahahahha
so proceed lah kat sepital Selayang
Dr kata kena buat cepat sebelum dia effect mata kiri
i pon oklah
tapi with one condition
i nak i tak sedar, i mean nak bius satu badan
Dr kata kenod, sepital tu buat surgery dalam sedar saja
dan Dr pakar tu pun dapat feel yang i
tak confident n pentakod hahahaha
so, i back off lah untuk kali keempat
hahaha
I mintak refer ke HKL
dekat HKL i tanya Dr beberapa kali
I NAK OPERATION TANPA I SEDAR DIRI
deyols kata OKAY
Datanglah few times buat check up
Siap kata nak jumpa Dr bius lah
tapi i rasa macam takde pun jumpa Dr bius
i pun tak tanya lah
husnuzon je
last sekali dia bagi date
After dapat date i need to go to pharmacy
untuk beli lens
my lense pula Dr kata ambil yang biasa je
sebab kalau beli mahal pun takut tak function
tapi murah murah pun RM530 harga dia
cumanya my lense ni kena special order
sebab Dr kata mata tu dah lama sangat tak guna
and bendalah tu dah jauh ke dalam
apantah yang ke dalam
i iye kan aje hahaha
OK lah tu kan
last week Monday
Dr Aishah call
soalan pertama dia
"encik jadi kan nak operation?"
ewah ewah dia mempermainkan perasaan kiteww
hahahha
i cakap, jadilah inshaaallah
so, Sabtu tu i pi HKL untuk buat Covid Test
nak tau tak,
nak pergi buat swab test pun tak boleh tido okay
ni gara gara tengok video artis
buat swab test lah tu
bila dah pergi buat takde apapun
over nau nau
staff KKM tu kata kalau tak ada
sapa call maknanya negatif lah tu
lepas dapat gelang...tapi ni bukan gelang pink tau |
maka berangkatlah kita ke HKL
Zuzuklah yang teman
sebab i tak inform kawan kawan lain pun
cuma family & office mate je yang tau
Yelah, kang bagitau semua orang
sekali tak jadi malu pulak
hahaha
tendency i nak back off last minit tu ada lol
marking sesiap kot tak salah mata kan |
Registration apa semua pagi tu
semua berjalan lancar
Dah siap dapat katil, dah tukar baju uniform OT
1st time pakai baju ni lol |
Dr pun panggil masuk dalam bilik biasa
Dr pun explain lah worst case scenario bla bla bla
memang masa ni tak fokus sangat lah sebab
i jenis malas nak dengar benda benda worst case ni
hahahaha
cuma bila sampai part
"you akan sedar masa operation nanti"
i was like damn gurlllllllllll
"kan i dah request nak kena bius n tidur during surgery"
i berkata di dalam hati
Dr tu macam boleh dengar suara hati i
Dia kata bahagian mata je yang akan kena bius
hahahahhahaha
masa ni macam nak lari balik
tapi dah tukar baju pulak
hahaha
si zuzuk dah gelak gelak dah
sambil cakap "haa kena scam hahaha"
menatang betul lah
Dr cakap my turn will be the last one sebab
priority warga emas di dulukan
tapi tup tup alih alih
9.30am macam tu misi dah panggil untuk ready
masa seolah olah mencemburui i
siap berapa kali ntah i berak n kencing
sebelum operate tu
hahahaha
tak pernah terpikir nak duduk atas wheelchair & masuk dalam OT room |
dan disorong ke bilik bedah
macam macam rasa ada
i feel awkward sebab i boleh je jalan
kenapa nak kena sorong
i hate betul kalau feel useless macam tu
hahahahaha
the moment dari atas wheelchair nak naik atas katil
tu ibarat seperti mahu ke bilik hukuman tali gantung
hahahaha
masa ni duk bacalah macam macam ayat
macam macam doa haaaa
Taim disorong atas katil
dari pintu sampai ke bilik menunggu
rasa macam dalam movie pon ada
rasa macam macam lah dalam hati
dalam bilik kechil bethol tu
Dr yang nak operate tu
brief lah sikit
suruh cool, chill dan tengok je lampu tu lol
masuk je bilik bedah
i dah pasrah dah
nak lari pun dah tak boleh
hahahahahaha
redho je lah
kalau boleh itulah 1st and last i masuk bilik bedah
hahahaha
saat dr tutup muka
dan potong mata tu semuanya jadi sejarah
hahaha
di memang tak rasa apa pun
tapi sebab you sedar
you dengar lah dr mintak gunting lah
Dr mintak pisau micro lah
Dr cakap "eh tak boleh tarik lah"
pun jadi debor lol
tu belum bunyi mesin apa ntah
semuanya buat rasa macam nak terkucil
masa surgery pon
kat kepala tu pikir memacam
antaranya terbayang tetiba HKL meletop,
ada terrorist n gema bumi
ha gituh over imajinasinya hahaha
anyway
sugery start at 10am sharp
dan tamat pada 10.45am camtu
tak rasa lama dalam tu
rasa macam few minutes je
mungkin leps ni boleh perate muka lol |
habis procedure
stay kejap dalam bilik apantah
kat situ yang baru habis bedah stay jap situ
lepas setel documentation
misi pon tolak lah keluar
sampai pintu bilik bedah kena tukar katil
masa ni i pelik sikit
orang lain semua keluar bilik bedah balik wad
naik wheelchair
i ni kemain kena sorong atas katil
hahahaha
zuzuk cakap mungkin sebab misi tak larat nak tolak
kuajaq eh
frankly
i tak ada masalah dengan sepital
kalau orang lain yang masuk
kalau i yang kena masuk
i memang seram
hahahahhahaha
tengok pon ngilu lol |
apapun
moral of the story
benda yang kita takut sangat
sebenarnya tak ada apa pun
it's all in our mind
jangan takut, jangan gundah
dengan masalah kehidupan
hadapi semua dengan penuh ketenangan
hagituh katakawwww
padahal ambik masa 35 tahun plus plus nak buang katarak ni
hahahhaah
oklah sekian cerita pengalaman hidup ini
buat anda semua pembaca budiman
lol
sekarang ni mata tengah adjust adjust
macam guna kanta pon ada
tak boleh tengok screen tv/fon lelama lol
pada kengkawan
yang terasa hati kenapa tak bagitau
mintak ampun mintak maaf
sebab memang tak bagitau sesapa kecuali
orang office dan family sahaja
Benda dah banyak kali bertangguh
kang bagitau semua orang tapi tak jadi
kang malu pulak
hahahah
apapun semuanya dah setel
thanks to my dear sister sponsor lens i
Thanks to zuzuk teman dari mula sampai habis
thanks to kengkawan yang tau afterwards
for all the dua & wishes
hopefully mata dan kesihatan ni akan terus okay
dan okay sampai hujung usia
sampai sini dulu
sampai jumpa lagi!
Peace y'alls!!!
yang memandang hati bukan rupa,
Achik Ezam
Ulasan