Rabu, 9 Disember 2020

Mataku di korek dirobek!

Hey Assalamualaikum semua

berjumpa kita sekali lagi dalam rancangan 

blog Achik Ezam lol 

How's life?

hopefully semuanya okay Alhamdulillah.


Anyway

kali ni nak story mory sikit pengalaman semalam.

ya semalam 8 Disember 2020

tarkh paling penting dalam tahun ni

sebab akhirnya i memberanikan diri

menjalani surgery buang katarak


FYI

selama ni i cuma guna sebelah mata sahaja

sebelah lagi sekadar perhiasan dunia

hahaha

i ada katarak since umur 4/5 tahun camtu

dulu masa kechil bethol

abang gue baling baling batu kena mata

sempatlah bermalam semalam dua 

di klinik Aneka Klang pada ketika itu lol

masa tu tak tau kenapa tak buat follow up

bila dah masuk sekolah

ada few times abah bawa pih sepital Klang

tapi tatau macamana tak teruskan juga

hahahha

solutions pada ketika itu

adalah pakai spek mata

so i dah start pakai spek mata since darjah 2

nampaklah pandai sikit masa tu

walaupun non hado haha

habis jaman sekolah


masa kerja kat DiGi dulu

selalu buat check up di Hospital Tun Hussein Onn

Tapi bila masa Dr suruh proceed untuk surgery 

I back off

Abang takud dik. Abang takuaddd

hahaha


Pastu I did dapatkan rawatan kat PPUM

Adalah datang few times juga

last last Dr Pakar tu kata

even kalau i buat sugery pun

i still cannot see 100%

so, pun back off lah sebab macam

dah tak boleh okay kenapa nak operate 

Tapi kan makin lama

my mata are getting worse

mata malas makin teruk

juling juling chentaaaahhh

hahahahha

so proceed lah kat sepital Selayang

Dr kata kena buat cepat sebelum dia effect mata kiri

i pon oklah

tapi with one condition

i nak i tak sedar, i mean nak bius satu badan

Dr kata kenod, sepital tu buat surgery dalam sedar saja

dan Dr pakar tu pun dapat feel yang i

tak confident n pentakod hahahaha

so, i back off lah untuk kali keempat

hahaha


I mintak refer ke HKL

dekat HKL i tanya Dr beberapa kali

I NAK OPERATION TANPA I SEDAR DIRI

deyols kata OKAY 

Datanglah few times buat check up 

Siap kata nak jumpa Dr bius lah

tapi i rasa macam takde pun jumpa Dr bius

i pun tak tanya lah

husnuzon je

last sekali dia bagi date


After dapat date i need to go to pharmacy 

untuk beli lens

my lense pula Dr kata ambil yang biasa je

sebab kalau beli mahal pun takut tak function

tapi murah murah pun RM530 harga dia

cumanya my lense ni kena special order

sebab Dr kata mata tu dah lama sangat tak guna 

and bendalah tu dah jauh ke dalam

apantah yang ke dalam

i iye kan aje hahaha

OK lah tu kan


last week Monday

Dr Aishah call

soalan pertama dia

"encik jadi kan nak operation?"

ewah ewah dia mempermainkan perasaan kiteww

hahahha

i cakap, jadilah inshaaallah

so, Sabtu tu i pi HKL untuk buat Covid Test

nak tau tak, 

nak pergi buat swab test pun tak boleh tido okay

ni gara gara tengok video artis

buat swab test lah tu

bila dah pergi buat takde apapun

over nau nau

staff KKM tu kata kalau tak ada 

sapa call maknanya negatif lah tu

lepas dapat gelang...tapi ni bukan gelang pink tau


            so sampai pagi Selasa tak ada sapa call

maka berangkatlah kita ke HKL

Zuzuklah yang teman 

sebab i tak inform kawan kawan lain pun

cuma family & office mate je yang tau

Yelah, kang bagitau semua orang

sekali tak jadi malu pulak

hahaha

tendency i nak back off last minit tu ada lol

marking sesiap kot tak salah mata kan

Registration apa semua pagi tu

semua berjalan lancar

Dah siap dapat katil, dah tukar baju uniform OT

1st time pakai baju ni lol


Dr pun panggil masuk dalam bilik biasa

Dr pun explain lah worst case scenario bla bla bla

memang masa ni tak fokus sangat lah sebab

i jenis malas nak dengar benda benda worst case ni

hahahaha

cuma bila sampai part

"you akan sedar masa operation nanti"

i was like damn gurlllllllllll

"kan i dah request nak kena bius n tidur during surgery"

i berkata di dalam hati

Dr tu macam boleh dengar suara hati i

Dia kata bahagian mata je yang akan kena bius

hahahahhahaha

masa ni macam nak lari balik

tapi dah tukar baju pulak

hahaha

si zuzuk dah gelak gelak dah

sambil cakap "haa kena scam hahaha"

menatang betul lah

Dr cakap my turn will be the last one sebab 

priority warga emas di dulukan

tapi tup tup alih alih 

9.30am macam tu misi dah panggil untuk ready

masa seolah olah mencemburui i

siap berapa kali ntah i berak n kencing 

sebelum operate tu

hahahaha

tak pernah terpikir nak duduk atas wheelchair & masuk dalam OT room


Pertama kali juga duduk atas kerusi roda 

dan disorong ke bilik bedah

macam macam rasa ada

i feel awkward sebab i boleh je jalan

kenapa nak kena sorong

i hate betul kalau feel useless macam tu

hahahahaha

the moment dari atas wheelchair nak naik atas katil

tu ibarat seperti mahu ke bilik hukuman tali gantung

hahahaha

masa ni duk bacalah macam macam ayat

macam macam doa haaaa


Taim disorong atas katil

dari pintu sampai ke bilik menunggu

rasa macam dalam movie pon ada

rasa macam macam lah dalam hati


dalam bilik kechil bethol tu

Dr yang nak operate tu

brief lah sikit

suruh cool, chill dan tengok je lampu tu lol


masuk je bilik bedah

 i dah pasrah dah

nak lari pun dah tak boleh

hahahahahaha

redho je lah

kalau boleh itulah 1st and last i masuk bilik bedah 

hahahaha


saat dr tutup muka 

dan potong mata tu semuanya jadi sejarah

hahaha

di memang tak rasa apa pun

tapi sebab you sedar

you dengar lah dr mintak gunting lah

Dr mintak pisau micro lah

Dr cakap "eh tak boleh tarik lah"

pun jadi debor lol

tu belum bunyi mesin apa ntah

semuanya buat rasa macam nak terkucil

masa surgery pon

kat kepala tu pikir memacam

antaranya terbayang tetiba HKL meletop,

ada terrorist n gema bumi

ha gituh over imajinasinya hahaha

anyway

sugery start at 10am sharp

dan tamat pada 10.45am camtu

tak rasa lama dalam tu

rasa macam few minutes je

mungkin leps ni boleh perate muka lol


habis procedure

stay kejap dalam bilik apantah

kat situ yang baru habis bedah stay jap situ

lepas setel documentation

misi pon tolak lah keluar

sampai pintu bilik bedah kena tukar katil

masa ni i pelik sikit

orang lain semua keluar bilik bedah balik wad 

naik wheelchair

i ni kemain kena sorong atas katil

hahahaha

zuzuk cakap mungkin sebab misi tak larat nak tolak

kuajaq eh

frankly

i tak ada masalah dengan sepital

kalau orang lain yang masuk

kalau i yang kena masuk

i memang seram

hahahahhahaha

tengok pon ngilu lol


apapun

moral of the story

benda yang kita takut sangat

sebenarnya tak ada apa pun

it's all in our mind

jangan takut, jangan gundah

dengan masalah kehidupan

hadapi semua dengan penuh ketenangan

hagituh katakawwww

padahal ambik masa 35 tahun plus plus nak buang katarak ni

hahahhaah


oklah sekian cerita pengalaman hidup ini

buat anda semua pembaca budiman

lol

sekarang ni mata tengah adjust adjust

macam guna kanta pon ada

tak boleh tengok screen tv/fon lelama lol


pada kengkawan

yang terasa hati kenapa tak bagitau

mintak ampun mintak maaf

sebab memang tak bagitau sesapa kecuali 

orang office dan family sahaja

Benda dah banyak kali bertangguh 

kang bagitau semua orang tapi tak jadi 

kang malu pulak 

hahahah

apapun semuanya dah setel


thanks to my dear sister sponsor lens i

Thanks to zuzuk teman dari mula sampai habis

thanks to kengkawan yang tau afterwards


for all the dua & wishes

hopefully mata dan kesihatan ni akan terus okay 

dan okay sampai hujung usia


sampai sini dulu

sampai jumpa lagi!

Peace y'alls!!!



Sekian,

yang memandang hati bukan rupa,

Achik Ezam



Ahad, 11 Oktober 2020

udah oktober ya mas..

 Assalamualaikum

dan hello semua pembaca setia

haha feeling ada pembaca setia

update pon setahun sekali


anyway

How you guys doing so far?

2020 macam a bit rough and fast kan

know know je dah October

all because of this pandemic

dugaan dan cabaran betul


But actually kan

this pandemic thingy

teach us something about life

tentang purpose of our life

kenapa kita hidup?

kita hidup untuk makan?

atau makan untuk hidup?

which one? 

LOL


Apapun

patuhlah pada SOP yang ditetapkan

takkan nak duduk diam aja

ada perut yang perlu diisi

ada hutang yang perlu dibayar

we really cannot afford another PKP

i know government kita agak heywire

so, langkah terbaik is kita jaga kita

yang sihat kita, yang sakit pun nanti kita

semuanya akan berbalik pada kita


tentang my life?

hurmmm wadaya expect for 41 year old guy life?

boring, stagnant, restricted

yada yada yada

hahahaha

No lah, i still hidup macam biasa

a normal fat guy

pergi kerja, balik kerja

makan, tidur dan diet tak menjadi


cumanya

bila difikir fikirkan semula

i dah masuk 4 series

ada lagi beberapa tahun nak menikmati dunia

dengan penuh bermakna

tanpa ada sebarang hiruk pikuk

yang membuat minda jadi serabut

tindak tanduk jadi kalut

tidak tenang lantas kemurungan

i just wanna be happy

tidak kaya tapi bahagia seadanya

tidak sempurna tapi menerima kelemahan diri seadanya

dah bukan masanya nak compare hidup kita dengan orang lain


lain orang lain lah ceritera kehidupannya kan

i just want to be focus to my self

happy kan diri sendiri

bila kita happy, aura kehappian kita tu

akan memberi tempias pada orang sekeliling kita

bahagia kita akan membahagiakan orang sekelililng kita


nak bergaduh berebut pangkat, berebut nama, rebutlah

janji, jangan loe kacau hidup orang lain

jangan kacau idup gue, malas ku layan


hahaha

macam panjang pulak merapu pagi Ahad ni

almaklum, hujan pulak

OK lah, sampai sini dulu

sampai jumpa lagi,

jaga diri, 

jaga peribadi, 

jaga tepi kain sendiri


Live To Love katanya


Yang lemak berkrim disukai ramai, haderrrr???

AchikEzam



Selasa, 21 Julai 2020

empat puloh 1.

Alhamdulillah
21 Julai 2020
 genap 41 tahun hari ini

Alhamdulillah
masih panjang umurnya
masih diberi kesempatan
untuk melihat dunia

walau banyak khilafnya
masih juga diberi peluang
untuk terus bernafas

sudah empat puluh 1

what's next?
takkan masih mahu kekal di takuk lama?
takkan masih mahu kekal biasa biasa?
takkan masih mahu jadi pacal yang hina?

wahhhhhhh soalan
yang terpacul diminda

baiklah
kita plan pelan pelan
pasti ada jalannya

for now,
i just want to eat my cake an my coffee
dan nah my niece nyanyi birthday for me
hahaha




sampai jumpa lagi,
doa yang baik baik buat kita semua.


sekian, blog untuk kali ini.

Yang masih macam 14,
Achik Ezam





Ahad, 12 Julai 2020

2020. What a year lah!

Assalamualaikum semua :)

Lama tak bersiaran nampaknya. Diam tak diam, kita dah masuk ke suku ketiga tahun 2020. Quite funny kan, masa kekecik dulu kita digembar gemburkan dengan kepesatan teknologi, kereta terbang lah, melancong ke bulan lah, wawasan 2020 lah dan macam macam lagi. End up, 2020 macam tahun yang paling mencabar nampaknya dalam hidup kita semua nampaknya. Thank you to Miss Corona.

How's life? sihat? makan pakai cukup? harap harapnya semua sihat, dipermudahkan segala urusan dan tabah menghadapi liku liku kehidupan pasca PKP ini. Agak caca merba 2020 kita kan. 

Pertama kali dalam kehidupan juga Ramadhan dan Syawal disambut dengan penuh kesederhanaan tahun ini. Tak ada bazaar Ramadhan. Tak ada buffet Ramadhan di hotel hotel. Tak dapat balik kampung. Baju raya, kuih raya, lauk raya semuanya sekadar seadanya. Di sebalik semua kekurangan dan kesederhanaan, syukurlah yang kita terhindar dari wabak corona. Masih dapat menyambut ramadhan dan Lebaran lagi, Alhamdulillah.

Ekonomi dunia dan tempatan juga agak mencabar kali ini. Dek kerana corona, ramai pula yang dibuang kerja, dipaksa bercuti, potongan gaji dan sebagainya. Kepada anda yang terkesan, banyakkan bersabar, teruskan usaha demi kelangsungan hidup. Ini bukan noktah dalam hidup anda. Risau juga kot kot company buat retrenchment tapi redho je lah kalau berlaku.

What should we do now? 

Saving. Yes, kita perlu menyimpan duit gajian kita untuk masa kecemasan nanti. Belanja seadanya, ikut keperluan. Tak pasti sampai bila keadaan ekonomi kita akan merudum macam ni, kita perlu ubah spending pattern kita. Me, myself nasiblah bukan kaki shopping atau kaki joli. Dapat gaji, kita simpan dulu. tak banyak, sikit pon okay. janji simpan. walaupun gaji kena potong, tetap simpan okay. i know it's tough tapi kita cuba okay.

Lifestyle. sudah tiba masanya juga kita tukar cara hidup kita. Ukur baju di badan sendiri.  Awal PKP itu hari, i dah terminate my credit card, tukar phone plan ke plan yang paling murah dan sejak awal tahun lagi i dah start pergi kerja naik bas. Baju pun lama tak shopping lol. Tak apa lah. sederhana is a new normal kan. Mana yang boleh jimat kita jimat. tapi, janganlah sampai menyiksa diri. Kalau sesekali nak minum kopi mahal, apalah salahnya. paham eh.

Extra income. Inilah masanya #duakerja mode di aktifkan. Cari sumber income lain untuk cover your expenses. sounds easy tapi sebenarnya susah juga kan haha. I pun ada juga buat part time jual kue tart masa puasa itu ari. lepas raya ni dah kurang dah. Ada lah sebalang dua. Tengah nak try jadi dropship certain brand ni tapi tulah takut tak laku hahaha. Anyway my point is, carialh sumber pendapatan kedua kalau pendapatan anda sekarang tidak mencukupi akibat pemotongan gaji dan sebagainya. ini time bukan kita jaga kita, tapi you jaga diri you sendiri sekarang ni.


Tiga benda utama ni yang i rasa penting untuk kita semua prektik kan buat masa ini. Harap haraplah keadaan kembali pulih seperti biasa. Harap juga apa yang berlaku, kita jadikan pengajaran dalam hidup kita. Inikan semua ujian dariNya.

Jangan pernah berhenti berharap. Kalau jatuh, cepat cepat bangun dan teruskan melangkah. Teruskan berdoa, kerana doa itu senjata bagi orang orang yang beriman.

Sampai di sini dulu. Kita jumpa lagi di lain coretan. 
(psssttt i tengah cari kerja ni, ada vacancy tak tempat y'all? haha)


Manifestasi Achik 2020 (tiber),
Achik Ezam

Khamis, 10 Oktober 2019

London here I come!


Assalamualaikum
hello hello everyone
berjumpa lagi dalam ruangan blog 
yang semakin malas nak diupdate
hahahahaha
actually dah lama save entry ni 
tapi baru rasa nak edit share
hahahah

Frankly speaking,
i tot trip ni macam tak jadi
sebab tak ada pitih
hahahaha
almaklum, lepas raya kot
mana ada uang
tapi boss dah belikan tiket
masa bulan puasa itu hari

so nobody tau
tentang trip ini kecuali
orang opis, orang umah & family
bila dia kata dia akan bagi duit poket & penginapan
barulah macam semangat nak pergi 
LOL

bayangkan lah
hari Jumaat 28/6 baru booked Airbnb
lagi 2 hari nak pergi
itinerary takde apa takde
main belasah je
hahahaha

oh ya
kami pergi berdua saja
me & kak aidah
betapa kelakarnya
hahaha
anyway dia dah pernah pergi
so excitement dia lain dari kita yang
fes time ni
hahaha


anyway
layanlah entry
moment moment sewaktu bercuti 
di Kota London

---------------


Day 1 (1/7/2019)

zuzuk hantar ke KLIA jam 5am. 

Boarding jam 8:50

biasalah kelaur masuk tandas 

sebelum long distance. 
haha. tak kesahla pergi mana.. 
keluar masuk toilet itu pasti
Berlepas jam 10:30am
Baru duduk kejap dalam kapal terbang 
dah sakit belakang hahaha. 
10 jam atas awan. 
macam macam movie dah tengok. 
tak sampai sampai lol.
Sampai jam 5:00pm (waktu london). 
masa sampai ni dia punya gembira tu 
ibarat pakcik pakcik yang dapat mengerjakan umrah lol.
benda pertama buat
adalah check in di heathrow airport
hahahahahaha
masa ni semua ingat i berbohong
almaklum selalu check in tipu
hahahahahaaha
bila dah tahu kebenaranyya
ramailah yang mengucapkan tahniah
LOL
akhirnya achik ezam ke london juga

anyway nak jadikan cerita
Masa ambik luggage, baru sedar 
Luggage pecah. 
tapi Alhamdulillah 
Dapat replacement immediately. 
Terima kasih Malaysia Airline. 
Tibah.
dah setel semua, 
kami ambik metro ke Hendon Station.
Jumpa Sam kawan Aidah. 
Sam lah tour guide kami di sana. 
Sam is actually make up artist kat Malaysia 
yang berhijrah ke london demi sesuap nasi. 
around 6++ Sampai rumah airbnb. 
Meet Meghan the owner untuk ambik kunci.
lepas settle urusan rumah. 
kami Keluar makan di Restoran Warisan, Paddington. 
(motip sangat pergi kedai Melayu lol). 
First time naik bas merah. Akhirnya huhuhuhu.
Lepas makan strolling along Jalan Paddington 
and singgah Tesco beli barang. 
Benda pertama i bought was susu cokelat. LOL. 
Sedap sia susu kat sana. 
Dalam jam 10+ kami pun balik. 
Masa sampai kat Hendon Central tu 
Rasa macam seram sikit 
sebab kawasan tu macam dodgy sikit lol. 
(tapi lama lama biasa dah)


Day 2 (2/7/2019)





Terkejut beruk sikit sebab pukul 4 pagi 
matahari dah cerah LOL. 
so, masa solat pon macam confusing sikit 
sebab timing dia lain sikit hahahaha.
pas tu jet lag sikit so macam susah nak tidur sangat.
bangun pagi, benda pertama buat 
adalah masak maggi dulu hahaha. 
makan bagi kenyang
sambil masak maggi macam biasala 
kita buka lah playlist lagu lagu Tokti lol
lepas tu kami keluar ke Oxford Street, jumpa Sam
 & jalan kaki ke  mana tah (dedekat paddington) 
untuk ke Sheperd Bush untuk ambik sim card.
pastui kami Menuju ke Hyde park 
& ambik bas tak berbumbung untuk tour london. 
Dalam 1 jam setengah macam tu.
atas bas tu adalah penerangan 
depa bagi tempat tempat yang lalu tu
dah setel tu kami pih Makan di Diana cafe. 
owner cafe tu pak arab yang adore arwahnya kot, 
so banyakla gambar lady D kat  dinding kedai dia. 
Lady D pon pernah makan situ tau 
as usual nak slamat, 
makan lah fish & chips. lol
after that kami strolling around 
kensington palace. Visit Rumah lady Diana
lepas tu Lepak di tasik kensington, Hyde park 
bagi angsa makan
penuh ek tepi tasik tu orang beriadah. 
teringat pulak tasik permaisuri. teebah
pastu kami pon balik lah. 
tak ingatla lepas tu dinner ke tak. 
rasa macam tak sebab save bajet lol


Day 3 (3/7/2019)





hari ketiga ni keluar lewat sikit 
sebab macam penat & 
tak tau nek ke mana sebab sam takde
tapi ambik keputusan nak ke Harrods. 
Feeling feling kaya lah y'all.
Ada emergency sebab aidah tetiba period pulek.
 i pulak sakit perut nak mencirit
Sesat barat salah bas sebab 
masih belum berapa faham sistem 
tunggu bas kat situ. 
pastu decide lah naik tren di baker street station. 
rupanya esok tu baru sedar bas stop nak ke Hendon central tu tepi tu je. natang.
Actually tak sesat pun. 
Petang tu keluar balik ke oxford street lol. 
Salah pilih bus stop dia berenti kat new oxford street station. 
Strolling along di oxford street window shopping again. Lol. 
Kedai banyak dah nak tutup. 
Masuk Primark. Kagum jugak tengok barang murah gila. 
Tapi tulah, lepas convert sama 
macam malaysia gak hahaha. 
(tapi bila dah balik malaysia baru realised 
yang barang dia still murah gila LOL)


Day 4 (4/7/2019)





Plan ke British museum. 
Singgah sebentar ke oxford street. 
Window shopping. Lol. 
Masuk zara, selfridges dan kedai sekitar. 
Ramai arab je lol.
biasalah pergi dengan pempuan, 
memang nak shopping je lah kerjanya.
i kurang sangat shopping ni sebab miskin. LOL
Dalam pukul 2pm kami pun menuju ke British museum
sebelum masuk, kami Lunch dulu di munchkin. 
Makan fish n chips (sebab selamat n mrah LOL)
suka dengan adik waiter tu, 
sebab dia sangat friendly 
walaupun memasing english ke laut. 
dia italian kot. lebih kurang sama macam kita. ehek
Pas tuh masuk museum. 
it’s huge man! i'm impress!!!!!!
to be frank, sehari tak cukup nak tour museum tu 
sebab ada banyak hall. sempat masuk 3 hall je. 
lepas tu kami lepak Kopi kopi di joe & juice. 
takde beza pon macam kafe kafe kat Malaysia ni. 
cuma kopi dia murah la sikit (kalau tak convert lol)
Lepas tu kami jumpa sam di camden town 
untuk discuss esok punya plan nak ke Brighton
Dah setel bincang bincang jalan lah kat pekan Camden tu. 
Tapi rasa macam seram sikit 
sebab macam dodgy je. 
kalau kat KL lebih kurang macam kat Chow Kit lah, 
cuma orang dia macam gypsy or 
ukranian kot or maybe polish. tahla
lepas tu pergi kami ambik tren semula
 ke oxford street lol. 
Window shopping lagi. hahaha
Sampai lah kedai tutup


Day 5 (5/7/2019)





Kami keluar awal nak ke Brighton, 
awal pun tak awal lah, dalam jam 9am. 
Bas jam 10am.
Unfortunately train dekat Victoria line tu rosak. 
So lambat lah sikit. kena tukar coach &  Padat gila. 
Masa dah suntuk. Klam kabut okayyy.
Keluar victoria station cari coach station Hahahaa. 
Station tak jumpa. Haa berlari lari anak ala ala amazing race ko.
Sampai depan bas tepat tepat 2 minit sebelum pukul 10.
Bas sini on time. Tepat pukul 10 dah gerak. 
you lambat, babai
Bas station bersih. tak berbau & 
berminyak macam di Puduraya dulu.
oh ya, kat sini penumpang bas 
kena pakai seatbelt. 
Kami reach Gatwick station at 12pm. 
kat sini kami kena tukar bas lain.
Sampai brighton at 1pm
Allahu dinginnya pantai & bersihnya pantai dia. 
pantai dia bukan pasir tau, tapi ala ala batu kerikil halus
sampai tu kami jalan jalan atas Pier tu dulu. 
macam macam ada atas tu. 
dari rollercoaster sampailah ke mesin judi LOL
lepas tu kami Lunch fish n chip (again lol)
 sambil  Lepak tepi pantai. 
tapi tulah kedai tepi pantai tapi fish & chips dia hambar. 
apoooooo!
barulah tau rupanya brighton tu LGBT punya area. 
patutla ramaiyang sesuatu haha
kami sempat Visit Pavilion cuma tak dan 
nak masuk sebab kena bayar. hahaha.


so, kami lepak depan Pavilion. 
Dia macam istana lama yamg ala ala Taj Mahal tu. 
Pastu  duduk atas padang 
feel feel macam tengok verita omputih tu LOL 
sambil main skuter si Sam tuh
Lepas tu kami ronda ronda pekan Brighton 
dan sambung Lepak tepi pantai lagi
Dalam pukul 7pm macam tu kami gerak balik ke London
Sampai London dalam pukui 11pm
Tunggu bas nak balik dekat 1 jam juga lah, 
almaklum malam minggu.
Dalam pukul 12+ juga lah sampai umah


Day 6 (6/7/2019)





it’s Notting Hill day!!!!!
Antara tempat wajib yang i memang 
teringin sangat nak pergi dari 
jaman tengok cerita Hugh Grant & Julia Roberts
Every Saturday ada market, Portobello market. 
Duk cari kedai buku Hugh grant 
dalam movie Notting Hill.
Kedai ada lagi, signboard masih sama
 tapi dalam dah juai souvenier dah. 
No more bookshop lol
Habis ronda ronda di Portobello tu 
kami pih Buckingham palace pula jumpa nenek.
Ramai gila orang. 
sebab hari tu ada gay parade lol
Duk lepak depan situ tengok keletah manusia. 
90% semua tourist.
Strolling along Hyde park tengok orang lepak. 
Weather sangatla superb. Dingin.
Pulang awal sebab dah penat sikit haha
Pulang dalam jam 8pm.
Tidoq awai na


Day 7 (7/7/2019)





Hari ni adalah hari melawat
Royal Albert Hall!!!!! yeayyy!!!!
Tempat kedua i nak pergi kat london ni 
sebab TOKTI pernah buat show bersejarah beliau di situ. LOL
pergi semata mata nak throwbak
sitizoner kan LOL
We went to baker street. 
Lepak Dunkin Donuts sementara tunggu Sam sampai
Bila Sam dah sampai, 
kami berjalan kaki dari Baker street 
merentasi Hyde Park ke Royal Albert Hall. 
Nearly 2 hours okay berjalan. hahahaha kerja gila.
sampai si Aidah duk terjelepuk kat atas padang ha 
Padahal naik bas berapa minit je kot
Sampai di RAH. 
Snap snap gambar & lepak di cafe
Ambik bas ke sheperd bush
Makan di TAI, restoran vegetarian
8 pound je, makan sampai muntah.
tapi tulah, baru makan sikit dah kembang tekak hahahahaha.
leas tu jelan jalan kejap area Oxford Sreet & 
balik dalam jam 10pm


Day 8 (8/7/2019)

sam & aidah

jalan jalan di oxford street sementara tunggu sam

Jalan ke Piccadilly circus & Covenant Park

Beli burger di McD tapi Lunch di Starbucks covenant park. hahaha.
Lepas tu kami Jalan lagi ke Tower Bridge
lepastu benda tak plan kami naik cruise ke Norwich town
Bandar nya tenang sekali.
Jenjalan kat town lepas tu ambik bas ke Baker Street
Sampai London, kami singgah umah sam 
ada makcik masakkan dinner katanya
makcik tu is emak studet Malaysia kat situ. 
Anak dia nak convo hujung bulan 7 macam tu 
so dia lepak lah London sebab lepas tu 
takde dah nak mai sebab anak dia dah grad dah.
anyway, makcik tu masak sedap okay. 
almaklum hari hari makan maggi & fish & chips je LOL
Lepak sembang sampai jam 12am
Balik ke rumah dalam keadaaan kenyang dan dingin.


Day 9 (9/7/2019)





kami plan ke Wembley, 
ada London Designer Outlet katanya
Ala ala JPO gituh. 
Murah memang murah 
tapi i kenod afford sebab i miskin hahaha.
So jalan jalan cuci mata aje lah
Dah habis jalan jalan di situ 
kami bergerak pulang ke Kota London. 
malam tu ada konsert KPOP kot 
so penuhla tetepi stadium tu dengan fan kpop. 
agak weird juga tengok ramai 
gadis gadis mat saleh dress up ala ala kpop LOL
later that day
kami Lunch di burger & Lobster. 
tempat wajib makan kalau ke London katanya. 
Anyway ada kawan yang transfer duit 
(tak tau mana dia dapat my acc no) 
for me to eat there. 
Dia kata sebab nak belanja sebab 
impian i tercapai dapat jejak kaki ke london 
after berpuluh tahun. 
Aduhai, terharunya. 
anyway terima kasih Helmi Yusof
lah tercakap nama dia.



lepas makan kami pergi ke Primark & 
shopping sebelum balik keesokan harinya
di Primark, i bought bag untuk emak,
 t shirt untuk abah, kasut & seluar for me. 
kasut tu cuma 3 pound & seluar tu 10 pound. 
(kasut tu dah rosak & seluar tu tak muat sebab superskinny hahahahaa). 
total habis dalam tak sampai 
seratus pound pun.
 tu jelah i shopping after berkali kali 
keluar masuk Primark
on the way balik, singgah Tesco 
sebelah rumah beli cokelat 
untuk buah tangan budak opis & family. 
itu jelah mampu nok hahahaha.


Day 10 (10/7/2019)



Bangun pagi & packing baju untuk balik

lepas packing kemas kemas dapur juga bagi bersih, 
almaklum rumah orang
Rasa macam tak nak balik mengenangkan 
pokok epal blakang umah tu hahaha
kat Malaysia, belakang umah ada pokok pisang je 
hahaha
Dalam pukul 5 macam tu kami 
ambik grab ke Heathrow airport
Dulu selalu ingat Heathrow ni besar & hebat, 
rupanya ala ala Subang airport jah
KLIA lagi gah & sistem dia lancar LOL
kat airport tu ramai lah juga orang Malaysia nak balik LOL
sekapal lah juga dengan CP Azrinaz dan family
Dalam pukul 9 kami boarding dan 
menghabiskan 10 jam di dalam kapal terbang Malaysia Airline
tertido terjaga sambung tengok movie 
habisla dalam 4 movie lol
kami sampai Malaysia dalam jam 9pm juga

----------------------



haaaaa itulah kisah 10 hari saya di Kota London. 
Satu satunya tempat yang memang saya nak pergi dari kecik lagi,
 tempat lain takde lah sangat teringin hahaha

i always say to myself
"i must sampai London before 40"
alhamdulillah
Tuhan makbulkan doa saya
lagi berapa hari je nak ke umur 40
saya sempat jejakkan kaki
ke Kota London

ingat tau
kata kata itu doa
yang penting
jangan pernah berputus asa

apapun terima kasih lah banyak kepada boss saya 
sebab bagi rewards belanja kami ke London
macam bagai dalam mimpi
eheks

pssstttttt katanya next raya kalau sale meletup 
nak belanja ke US pula
kita tunggu dan lihat 
hahahah

nah ni ada video
maaflah video ada 3 je, 
malas nak bikin yang lain
hahahahaha




gambar pun tak banyak sangat
sebab i really really enjoy 
my moment of truth
wah katanya
padahal gambar tak lawa
hahahaha

apapun,
benar bagai dikata
jauh perjalanan, luas pandangan
terbuka minda kita
aaagituuuhhhh

kalau ada orang tanya nak ke saya ke London lagi?
OF COURSE!

hajommmmmmmmmm!




sekian, blog kali ini.

Yang nak ke London lagi,
Achik Ezam

Semangat 46!

  Hello Hello! Bulan lepas, bulan Julai  21/07 genaplah 46 tahun umur saya Happy Birthday to MEEEE! Anyway Kita bikin sesi istimewa untuk bl...